suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Phil Jones Mampu Jadi John Terry Versi Man United - Mourinho

JOSE Mourinho percaya Phil Jones mampu menjadi seperti legenda Chelsea, John Terry di Manchester United.

Jones kini hanya tampil dalam 13 perlawanan kerana mengalami kecederaan, namun pengkritik menjangka dia lebih sukar mendapat tempat di bawah kendalian Mourinho.

Bagaimanapun, Daily Mirror melaporkan jurulatih kelahiran Portugal tersebut yakin Jones mampu menjadi Terry versi United berdasarkan usahanya.

Perkara itu diluahkan Mourinho ketika bertemu Jones, 24, untuk membincangkan masa depan pemain United.

Ketika pertemuan berkenaan bekas jurulatih Chelsea itu turut berjanji bahawa Jones akan mendapat tempat dalam skuad yang diketuainya.

Pada awal bulan ini, United melengkapkan perpindahan Eric Bailly dari Villarreal untuk beraksi di bahagian pertahanan.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain