Mohd Azizi Juarai Muay Thai Antarabangsa Di Thailand - Sukan | mStar

Mohd Azizi Juarai Muay Thai Antarabangsa Di Thailand

BANGKOK: Atlet Muay Thai negara, Mohd Azizi Shamsuddin mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai atlet terbaik Kejuaraan Muay Thai Antarabangsa Ambassador.

Mohd Azizi meraih gelaran itu selepas mencatatkan kemenangan KO (Knock-Out) terhadap lawannya dari Thailand mulai pusingan pertama sehingga menjuarai kategori 48kg setelah menundukkan peserta tuan rumah pada aksi final.

Pengurus pasukan negara, Mohd Hazrul Mohd Sapri memberitahu Bernama bahawa Mohd Azizi menampilkan prestasi hebat sepanjang kejohanan baru-baru ini dan merupakan satu-satunya peserta mencatatkan kemenangan KO dalam semua pertarungannya.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi atlet negara, Mohd Hazril Nazmi apabila tewas menerusi kiraan mata di tangan peserta tuan rumah pada saingan sengit aksi final.

Menurut Mohd Hazrul, Mohd Hazril memberikan saingan hebat sebelum kecundang di tangan atlet Thailand dalam kategori 55kg.

Sebanyak 100 atlet dari 14 negara menyertai kejohanan itu yang diadakan secara pusingan liga di sebuah hotel terkemuka di sini.-Bernama

Muay Thai , Mohd Azizi , Antarabangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain