suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sweden Beri Pelepasan Kepada Ibrahimovic Untuk Ke Old Trafford

Zlatan Ibrahimovic.

KAPTEN Sweden Zlatan Ibrahimovic mungkin dibenarkan meninggalkan kem latihan skuad itu bagi Euro 2016 untuk menandatangani kontraknya bersama Manchester United, kata pengurus pasukan, Erik Hamren pada Sabtu.

Pemain berusia 34 tahun itu yang kini bebas untuk menyertai mana-mana kelab selepas meninggalkan Paris St Germain (PSG) dikaitkan bakal bersatu kembali dengan bekas pengurusnya, Jose Mourinho.

Mourinho dinamakan sebagai pengurus baharu United minggu lalu.

"Kami ada cuti rehat. Kami merancang sendiri aktiviti latihan dan pemain boleh bertindak berdasarkan perkara itu.

"Saya tidak akan membuat spekulasi berhubung perkara tersebut," katanya.

Ibrahimovic akan diturunkan pada aksi terakhir perlawanan persahabatan pra Euro 2016 menentang Wales di Stockholm pada Ahad.

Pemain itu turut disenaraikan dalam barisan utama skuad tersebut untuk menentang Wales.

Sweden akan bertemu Ireland pada aksi pembukaan Kumpulan E Euro 2016 yang berlangsung di Paris pada 13 Jun ini sebelum menentang Itali dan Belgium.

Artikel Lain