suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Euro 2016: Bale Jadi Inspirasi Kepada Wales Untuk Cipta Kejutan

Gareth Bale.

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane percaya anak buahnya, Gareth Bale akan menjadi inspirasi kepada Wales untuk mempamerkan kuasa sebenar dalam mencipta kecemerlangan pada saingan Euro 2016.

Pemain termahal dunia itu akan membuat penampilan antarabangsa bersama negaranya selepas merangkul dua trofi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Zidane menegaskan Bale begitu berbeza dengan beberapa pemain bintang yang lain.

"Seorang pemain tidak boleh membuat pasukan tetapi seorang pemain boleh menjadi inspirasi kepada pasukan. Melihat cara permainan Bale, sudah pasti rakan pasukannya akan menjadikan dia sebagai inspirasi.

Bale menikmati musim terbaiknya di Madrid sejak tiba di Sepanyol tiga tahun lalu dengan menjaringkan 19 gol dan membantu mencipta 11 gol untuk rakan-rakannya dalam hanya 23 penampilan di pentas La Liga.

Susulan prestasi cemerlang Bale, Zidane yakin pemain berusia 26 tahun itu akan mempamerkan bakat sebenarnya di peringkat kejohanan antarabangsa.

"Saya amat berbangga dengan Bale yang akan beraksi di Perancis pada musim panas ini.

"Dia pemain luar biasa, salah seorang terbaik dunia. Baginya tidak beraksi pada kejohanan antarabangsa adalah satu tindakan tidak betul," kata Zidane.


Artikel Lain