suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Diminta Contohi Leicester City

Jose Mourinho meninggalkan rumahnya di barat London, Ahad lalu. -fotoEPA
JOSE Mourinho diminta mengikut jejak langkah Leicester City apabila secara rasmi menjadi pengurus baharu Manchester United menggantikan Louis van Gaal.

"Dia seorang pengurus terbaik," kata bekas pemain pertahanan United, Clayton Blackmore dalam satu program BBC.

"Mudah-mudahan dia telah pulih daripada tugasnya di Chelsea, tetapi jika dia datang ke kelab itu, dia akan menjadi seorang yang hebat.

"Siapa yang bertanggungjawab pada permulaan musim depan perlu menjadikan Leicester City sebagai contoh dan teladan.

"Mereka adalah salah satu pasukan yang paling teruk untuk bermain di Old Trafford tetapi mereka mempunyai semangat berpasukan," katanya.

Semangat juang Leicester telah membawa mereka kepada kejayaan memungut 81 mata, menang 23 perlawanan dan kalah tiga perlawanan.

Blackmore juga menyebut Mourinho sebagai pengurus yang hebat dan layak membimbing United.

Dia turut menyebut tentang potensi pemain United yang tak mampu digunakan sepenuhnya di bawah kepemimpinan Van Gaal.

"United punya pemain-pemain yang hebat, tapi mereka tak mampu mencipta banyak peluang atau menyumbat banyak gol," kata Blackmore.

Situasi ini membuatkan sebahagian besar penyokong kecewa.

"Ramai yang mengugut tidak akan membeli tiket jika Van Gaal masih menjadi pengurus," katanya.

Pernah hampir tersingkir daripada divisyen utama liga Inggeris sebelum menjadi juara Liga Perdana, ia dianggap sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah sukan bola sepak.

Artikel Lain