suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Mahu Bertemu Ed Woodward Isu Diganti Mourinho

Jose Mourinho (kiri) bersedia untuk menggantikan Van Gaal (kanan) di Man United.

LOUIS van Gaal dijangka mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pada Ahad bagi mendapatkan pengesahan sama ada beliau akan digantikan dengan Jose Mourinho.

Walaupun Van Gaal membawa kemenangan pada perlawanan akhir Piala FA lewat malam Sabtu, tetapi ia tidak akan menghalang Man United untuk melantik Mourinho sebagai pengurus baharu mereka.

Jurulatih warga Belanda itu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Woodward bersama yang lain pada Ahad berhubung beliau bakal digantikan oleh bekas pengurus Chelsea pada musim panas ini.

Van Gaal sebelum ini berharap bahawa beliau diberikan peluang untuk berkhidmat pada musim akhir dalam kontrak tiga tahunnya sekiranya Man United menjulang trofi Piala FA.

Bagaimanapun, pengurusan tertinggi akan mengesahkan pelepasannya setahun lebih awal di Old Trafford.

Ketetapan Woodward untuk tidak memecat pengurus keduanya dalam tiga musim tidak dilaksanakan berikutan kegagalan Man United untuk melayakkan dalam Liga Juara-Juara. - Mirror

Louis van Gaal, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain