suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesej WhatsApp Ronaldo Buktikan Neymar Hanya Musuh Di Padang

Cristiano Ronaldo
MESEJ tahniah yang dihantar Cristiano Ronaldo kepada Neymar baru-baru ini menunjukkan dua pemain itu hanya bermusuhan di padang tetapi mempunyai hubungan baik di luar.

Real Madrid dan Barcelona saling bersaing rapat dalam saingan La Liga tetapi tindakan Ronaldo itu dilihat telah meredakan ketegangan antara dua kelab gergasi Sepanyol itu.

Musim ini, dua kelab ini bersaing sengit sehingga ke perlawanan terakhir untuk meraih gelaran juara Liga Sepanyol tetapi nasib menyebelahi Barcelona.

Barcelona yang unggul sejak awal musim menjadi juara dengan kelebihan satu mata di depan Los Blancos.

Kemenangan musim ini membuktikan Barca mampu mempertahankan mahkota mereka untuk dua musim berturut-turut.

Ronaldo yang hanya meraih satu gelaran La Liga sejak bergabung dengan Real Madrid pada 2009 bersikap profesional apabila menghantar ucapan tahniah kepada Neymar, lapor akhbar di Sepanyol.

Ronaldo, yang juga gagal meraih gelaran penjaring terbanyak La liga setelah kalah kepada Luis Suarez dikatakan menghantarucapan yang sangat sopan kepada Neymar.

Dan, ucapan itu juga disambut Neymar dengan ucapan terima kasih.

Artikel Lain