Kaji Kelemahan Harimau Kumbang Dalam Liga Super - Exco - Sukan | mStar

Kaji Kelemahan Harimau Kumbang Dalam Liga Super - Exco

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan semua agensi sukan negeri diminta mengkaji kelemahan pasukan negeri itudalam Liga Super, bagi mengembalikan prestasi skuad berkenaan.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Chong Eng berkata skuad Harimau Kumbang kini berada di tangga ke-12, iaitu tangga tercorot dalam Liga Super.

"Malah melalui keputusan perlawanan menentang Felda United Rabu lepas, Pulau Pinang tewas 1-2 kepada pasukan The Fighters dan ini telah menutup pintu bagi skuad Harimau Kumbang beraksi dalam Piala Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, Jumaat.  

Katanya, di bawah peraturan baharu Piala Malaysia yang diperkenalkan tahun ini, pasukan yang berada di kedudukan terbawah liga selepas separuh daripada jumlah perlawanan dilangsungkan, akan digugurkan kelayakan mereka.

Mengenai kemerosotan sukan di Pulau Pinang yang dibelenggu masalah kewangan, Chong Eng berkata kerajaan negeri mengetahui kedudukan kewangan setiap persatuan sukan negeri, namun hanya berkemampuan menyalurkan bantuan tertakluk kepada permohonan. 

Beliau berkata kerajaan negeri tidak berkeupayaan menyalurkan bantuan penuh kepada setiap persatuan sukan negeri. 

"Selain itu, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan dan pemantapan sukan bagi meningkatkan prestasi sukan," katanya. -Bernama

Harimau Kumbang , Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M