suria

Romelu Lukaku Mahu Tinggalkan Everton Sebelum Euro Bermula

ROMELU Lukaku menjangka akan dapat meninggalkan Everton untuk bersama kelab baharunya sebelum saingan Euro  2016 bermula pada Jun.

Bapa kepada pemain Belgium itu, Roger memberitahu, Lukaku disahkan akan bersama kelab baru menerusi pemindahan bernilai £65 juta sebelum saingan musim depan bermula.

Setakat ini, Manchester United, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Juventus antara yang telah mengadakan perbincangan dengan ejen Lukaku iaitu Mino Raiola.

Pemain berkenaan dilapor telah memilih kelab yang mampu memberinya peluang untuk beraksi dalam saingan Eropah.

"Everton minta yuran pemindahan sebanyak £65 juta untuk Lukaku dan saya rasa pemindahan ini akan selesai sebelum Euro bermula.

"Dia telah memilih masa depannya, tetapi ejen akan memberikan kata akhir. Saya harap Mino Raiola seorang yang jujur dan ikhlas," jelasnya.

Everton, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain