suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nike Taja Chelsea £60 Juta Setahun

CHELSEA bakal menjadi kelab kedua yang menerima tajaan jersi tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris apabila menandatangani kontrak tajaan daripada Nike yang berjumlah £60 juta setahun.

The Blues pada awal bulan ini mengumumkan akan mengakhiri kerjasamanya dengan Adidas selama enam tahun pada musim depan.

Chelsea sebelum ini menerima tajaan sebanyak £30 juta daripada Adidas sebelum syarikat peralatan sukan dari Amerika Syarikat itu menawarkan tajaan berganda.

Setakat ini, Manchester United merupakan kelab Inggeris yang menerima tajaan tertinggi iaitu £75 juta setahun daripada Adidas.

Bagaimanapun kedua-dua kelab yang menerima tajaan tertinggi itu gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Dalam tawaran kepada Chelsea, Nike yakin jualan syarikat tersebut akan meningkat selepas kontrak dimeterai.

Kelab ketiga yang menerima tajaan tertinggi ialah Arsenal - terima tajaan daripada Puma bernilai £30 juta setahun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain