suria

PSG Bertemu Mourinho, Man United Perlu Pantas Buat Pengumuman

JOSE Mourinho dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan berikutan itu Manchester United perlu bertindak segera jika mahu khidmatnya di Old Trafford.

Mourinho merupakan calon paling layak untuk menggantikan Van Gaal di United jika pengendali dari Belanda itu dipecat.

Tetapi Mourinho dikatakan mahu United memberi kata putus pada minggu depan selepas perlawanan akhir Piala FA jika mahu dia berkhidmat bersama kelab berkenaan.

Bekas jurulatih Chelsea itu juga disebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Laurent Blanc di PSG.

Berikutan itu, Ketua Eksekutif, Ed Woodward perlu memberi kata putus mengenai masa depan United ketika kelab itu semakin menghadapi tekanan daripada pemain.

Ketika ini David De Gea antara pemain yang akan meninggalkan United jika kelab itu tidak melakukan perubahan dengan mengekalkan Van Gaal sebagai jurulatih.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain