suria

Gustavo Poyet Akan Latih Real Betis Selama Dua Musim

Gustavo Poyet
JURULATIH kebangsaan Uruguay Gustavo Poyet akan membimbing Real Betis selama dua musim.

Betis sebelum ini dilatih oleh Juan Merino sejak Pepe Mel dipecat pada Januari lalu.

Bersama Merino, Betis berjaya bertahan di La Liga, dengan terkini menduduki tangga ke-14 dengan 42 mata.

Dengan menerima tawaran Betis itu, Poyet dijangka akan meninggalkan kelab liga Greece, AEK Athens FC, yang dibimbingnya sejak Oktober 2015.

Sepanjang bersama AEK, kelab itu berjaya menduduki tempat kedua liga sekali gus menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengalahkan Olympiacos.

"Real Betis telah merekrut jurulatih Uruguay Gustavo Poyet sebagai jurulatih baru kelab untuk dua musim depan," demikian keterangan rasmi Betis, memetik Sky Sports.

"Poyet akan menjadi salah satu perubahan dari projek baru yang dipimpin Miguel Torrecilla.

"Real Betis secara khusus ingin berterima kasih kepada Juan Merino dan kakitangannya yang melakukan tugas dengan baik di musim ini, yang mampu menyelamatkan pasukan daripada terjun ke divisyen yang lebih rendah."

Poyet memulakan karier sebagai jurulatih bersama Brighton & Hove Albion pada November 2009. Empat tahun kemudian, Poyet menghabiskan sekitar satu setengah tahun bersama Sunderland sebelum berhijrah ke AEK.
Gustavo Poyet, Pepe Mel, Juan Merino

Artikel Sebelum

Artikel Lain