suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jiwa Terry Masih di Chelsea

JOHN Terry ditawarkan £12 juta (RM70.2 juta) juta pound dari sebuah kelab China, namun di hatinya masih berharap untuk beraksi dengan Chelsea.

Pemain veteran The Blues itu mendapat tawatan lumayan bermain di China walaupun mendedahkan masih mahu bermain di Stamford Bridge.

"Saya masih mahu bermain untuk beberapa tahun, dan harapnya bersama Chelsea.

"Saya adalah pemain Chelsea dan telah bersama kelab ini sejak berusia 14 tahun. Saya sangat menyayangi Chelsea," jelas Terry.

Bekas pemain pertahanan England ini dilayangkan merah pada aksi bertemu Sunderland Sabtu lalu sekaligus nenyaksikan dia digantung dua perlawanan terakhir liga bertemu Liverpool dan Leicester City minggu ini. 

Ini bermakna kapten The Blues itu tidak dapat menampilan akhir terakhir bersama kelab jika kontraknya tidak disambung.

Malah pengakhiran yang tidak begitu baik buat Terry selepas 18 tahun membantu Chelsea dengan menjuarai Liga Europa, empat trofi Liga Perdana, lima Piala FA serta sebuah trofi Piala Liga.

Khabar angin turut tersebar bahawa pengurus baharu musim depan, Antonio Conte tidak berminat untuk menyambung kontrak Terry.

Bakal menjadi pemain bebas, Terry dijangka akan mengikuti jejak pemain seangkatannya, kapten Liverpool Steven Gerrard dan Frank Lampard  atau berhijrah ke Timur Tengah dan mungkin ke China.

Dalam pada itu, bekas rakan sepasukannya, Demba Ba yang turut bermain bersama Shanghai Shenhua berharap Terry berhijrah ke China.

"Jika John menghubungi saya, sudah tentu saya akan memberitahunya ' pergi dapatkan kapal terbang dan datang ke sini - apa lagi yang mahu tunggu?", jelas Ba kepada The Sun.

John Terry, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain