suria

Lima Penjaga Gol Bersaing Sengit Rebut Gelaran Sarung Tangan Emas

David De Gea
GELARAN juara Liga Perdana Inggeris musim ini sudah dimenangi Leicester City, tetapi ada beberapa lagi gelaran yang masih belum diisi, dan satu daripadanya adalah gelaran Golden Glove (sarung tangan emas).

Gelaran-gelaran itu akan diberikan sebaik sahaja saingan liga musim ini tamat tidak lama lagi.

Seramai lima penjaga gol terhebat dilihat sedang memberikan saingan dalam merebut takhta ini di mana ia dinilai berdasarkan penjaga gol yang terbanyak melakukan 'clean-sheet' (gawang tidak bolos).

Lima penjaga gol tersebut adalah Kasper Schmeichel (Leicester City),  Joe Hart (Manchester City), Petr Cech (Arsenal), David De Gea (Manchester United) dan Hugo Lloris (Tottenham Hotspur).

Schmeichel menjadi salah seorang penjaga gawang terhebat musim ini setelah mencatatkan tujuh clean-sheet dalam 10 penampilan terakhirnya di di Liga Perdana Inggeris. Sehingga kini, Schmeichel secara keseluruhannya telah membuat 15 clean-sheet. Dia masih berpeluang menambah koleksinya ketika menentang Chelsea.

Joe Hart pula mencatatkan jumlah clean-sheet yang sama dengan Schmeichel iaitu 15. Selain memburu gelaran peribadi, Man City juga sedang berjuang untuk memastikan kedudukan empat teratas carta liga dalam pertemuan dengan Arsenal dan Swansea City.

Penjaga gol Arsenal Petr Cech juga kini mencatat jumlah clean-sheet 15 dan akan mengakhiri musim ini dengan perlawanan menentang Aston Villa.

Sementara itu David De Gea juga tidak kurang hebatnya dengan 14 clean-sheet. United kini sedang berusaha keras untuk mendapat tiket ke Liga Juara-Juara. United beruntung kerana mempunyai dua baki perlawanan iaitu menentang West Ham United dan AFC Bournemouth. De Gea belum pernah menang Sarung Tangan Emas.


Kapten Tottenham Hotspur Hugo Lloris pula mencatat 13 clean-sheet. Spurs mempunyai dua lagi baki perlawanan iaitu menentang Southampton dan Newcastle United.
Sarung Tangan Emas, EPL

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain