suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryan Giggs Tinggalkan Man United Jika Mourinho Dilantik Jurulatih

RYAN Giggs akan meninggalkan Manchester United jika Jose Mourinho dilantik bagi menggantikan Louis van Gaal pada musim depan, lapor Sunday People.

Giggs sebelum ini telah didesak oleh rakan-rakan dari Kelas 92 untuk meninggalkan United dan membentuk sebuah pasukan baru di kelab lain.

Legenda itu pernah bekerja di bawah Van Gaal dan David Moyes sebelum ini namun akan meninggalkan kelab itu jika Mourinho diterima masuk.

Giggs akan bertindak demikian kerana melihat Ketua Eksekutif United, Ed Woodward gagal menunaikan janji untuk melantiknya sebagai ketua jurulatih sekiranya Van Gaal meninggalkan kelab itu.

Dalam perjanjian itu, Giggs dilapor  akan diberi kuasa penuh untuk membentuk skuadnya sendiri di United.

Manchester United

Artikel Lain