suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Juan Mata Buatkan Man United Terus Buru Slot Liga Juara-Juara

Jaringan pemain Manchester United, Juan Mata memboloasi gawang Norwich City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Carrow Road, Norwich pada Sabtu malam. Foto Reuters

MANCHESTER United merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris bagi meraih tiket Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Norwich City pada Sabtu malam.

Gol tunggal yang mencetuskan kemenangan itu menerusi aksi pemain, Juan Mata.

Pada awal permainan, Man United cuba melakukan 13 percubaan ke gawang tuan rumah di Carrow Road, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, pasukan di bawah pimpinan pengurus Louis van Gaal ini semakin mendominasi permainan pada separuh masa kedua.

Hanya pada minit ke-72, Man United berjaya membolosi gawang Norwich City.

Sehingga ke akhir permainan, skor mata kekal 1-0, sekali gus membuatkan pasukan ini berpeluang untuk merebut posisi di Liga Juara-Juara.

Dengan 63 mata, Man United kini di belakang Manchester City, dengan perbezaan hanya satu mata.


Artikel Lain