suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Perkenal Jersi Baharu

Diego Costa menyarung jersi baharu Chelsea yang diperkenalkan pada Rabu.

CHELSEA telah mendahului lain-lain pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memperkenalkan jersi baharu mereka bagi musim depan.

The Blues masih mengekalkan jenama Adidas sebagai pengeluar jersi pasukan tersebut.

Menariknya, jersi baharu yang berharga 90 pound (RM524) tanpa cetakan nama dan nombor itu akan disarung pemain The Blues buat pertama kalinya dalam perlawanan terakhir musim ini.

Bahagian depan jersi baharu Chelsea.

Chelsea akan menentang Leicester City di Stamford Bridge, 15 Mei ini, aksi penutup tirai musim ini.

Syarikat pengeluar tayar Yokohama yang menaja pasukan itu akan terus kekal menghiasi ruang tengah bahagian depan jersi tersebut.

Bahagian belakang jersi tanpa cetakan nama dan nombor pemain.

Bahagian depan jersi itu turut dihiasi dengan corak singa yang diambil dari lencana skuad berkenaan.

Corak singa turut kelihatan menghiasi bahagian depan jersi tersebut.

Bagi edisi replika ia boleh didapati pada harga 55 pound (RM320) manakala jersi edisi kanak-kanak berharga 45 pound (RM262).


Chelsea, jersi baharu, The Blues, Adidas

Artikel Sebelum

Artikel Lain