Final Piala FA: SAM Persoal Ketiadaan Tiket Khas Kanak-Kanak, Pelajar - Sukan | mStar

Final Piala FA: SAM Persoal Ketiadaan Tiket Khas Kanak-Kanak, Pelajar

Ahmad Khawari Isa.

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) mempersoalkan ketiadaan tiket khas bagi kanak-kanak dan pelajar untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei ini.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa melihat tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang tidak memperuntukan tiket khas tersebut  sebagai langkah ke belakang oleh entiti swasta itu yang dipertanggungjawab untuk mencipta keghairahan sokongan penonton kepada bola sepak tempatan.

Perlawanan akhir Piala FA adalah antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Selangor.

"Saya hairan dengan alasan kononnya penjualan tiket sebegitu pernah disalahgunakan, sedangkan tiada langsung laporan mengenainya diketengahkan sebelum ini.

"Malah harga tiket RM50 berbanding RM40 pada tahun lepas juga dilihat membebankan penyokong," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Khawari berkata FMLLP seharusnya menggunakan kebijaksanaan bagi menampung sebarang kos menerusi penajaan dan bukannya membebankan penyokong menerusi kenaikan harga tiket.

Beliau turut mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar campur tangan untuk kembali memperkenalkan penjualan tiket untuk kanak-kanak dan pelajar.

"FAM tidak harus akur dengan pendekatan keuntungan jangka pendek yang jadi amalan FMLLP kerana dengan menggalakkan kehadiran lebih ramai kanak-kanak dan pelajar menyaksikan perlawanan penting, ia akan memperkukuhkan minat terhadap bola sepak tempatan untuk jangka panjang," katanya.

Sebanyak 60,000 tiket akan dijual bermula jam 9 pagi pada 9 Mei yang tiket untuk penyokong PKNS akan dijual di Stadium Shah Alam sementara untuk penyokong JDT akan dijual di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, manakala baki 10,000 tiket akan dijual secara dalam talian. - BERNAMA

FAM , FMLLP , tiket , final Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain