suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemenangan Real Madrid Resahkan Barca, Atletico

Sebahagian daripada pemain Real Madrid meraikan kemenangan mereka ke atas Getafe, awal pagi Ahad. -fotoAP
MOMENTUM positif  yang ditunjukkan oleh Real Madrid sejak kebelakangan ini meresahkan Barcelona dan Atletico Madrid.

Terbaharu, Real Madrid menundukkan Getafe dengan skor 5-1 dalam saingan La Liga, awal pagi Ahad.

Gol mereka dijaringkan oleh Karim Benzema, Isco, Gareth Bale, James dan Cristiano Ronaldo sekali gus memastikan pasukan itu mengatasi Atletico Madrid dengan 75 mata. Atletico sebelum ini berada di kedudukan kedua.

Kedudukan itu juga membuatkan mereka tidak jauh ketinggalan daripada Barcelona yang masih berada di puncak carta dengan 76 mata.

Dengan hanya satu baki perlawanan untuk Atletico dan Barca, kedudukan kedua-dua pasukan tidak boleh dianggap selamat.

Sementara itu Real Madrid percaya bahawa menjuarai La Liga adalah sesuatu yang realistik.

Walaupun Barca tampil luar biasa ketika melawan Madrid musim ini, namun Madrid tinggal beberapa langkah lagi untuk menjuarai Liga Juara-Juara dan La Liga.

Di bawah asuhan Zidane yang menggantikan mantan pelatih Rafa Benitez, dia berkata bahawa dalam bola sepak tidak ada yang mustahil.

"Segala-galanya boleh berlaku di sepak bola," ungkap Zidane.

"Kami akan membuktikan bahawa kami akan memotong mata Barcelona."
La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain