suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pacquiao Tamatkan Karier Dengan Kalahkan Bradley

MANNY Pacquiao menewaskan Timothy Bradley pada perlawanan penentu antara kedua petinju itu dalam tempoh empat tahun, sekali gus aksi terakhir bagi pemimpin setempat warga Filipina itu.

Pada usia 37 tahun, Pacquiao yang kembali aktif selepas keputusan kontroversi ketika kalah kepada Bradley pada 2012 kemudian memenangi perlawanan dua tahun kemudian dan menjadikan keduanya pada kedudukan seri.

Kali ini, jaguh tinju kelas welter membuktikan keupayaannya apabila dapat menundukkan Bradley di pentas Las Vegas apabila tiga pengadil memberi mata 116-110 yang memihak padanya. 

Pada aksi ini juga, Pacquiao dijamin bayaran 5 juta pound Sterling sama ada mampu memenangi atau tewas kepada Bradley.

Perlawanan bermula perlahan dengan Bradley menguasai gelanggang pada peringkat awal sebelum Pacquiao meningkatkan momentum dan menewaskan atlet tuan rumah pada pusingan ke tujuh dan sembilan.

Pacquiao yang berhasrat memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan politik Filipina menamatkan perlawanan dengan bergaya.

Pencapaian ini turut mengubat kesedihannya apabila kalah kepada Floyd Mayweather kira-kira setahun lalu.

Artikel Lain