suria

Terbuka Malaysia: Peng Soon-Liu Ying Layak Ke Suku Akhir

Pasangan beregu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon (Kiri) ketika menentang pasangan China, Xu Chen dan Ma Jin pada Kejohanan Celcom Axiata Malaysia Open di Stadium Malawati Khamis: Foto: S.S KANESAN/The Star

SHAH ALAM: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-GohLiu Ying mengejutkan beregu nombor lima dunia, Xu Chen/Ma Jin untuk mara ke sukuakhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Khamis.

Peng Soon-Liu Ying menyingkirkan lawan mereka dari China itu pada pusingan kedua dengan 23-21 dan 21-6. Dalam pertarungan berlangsung selama 35 minit itu, pasangan beregu negaramenghadapi tentangan sengit pada set pertama apabila kedudukan terikat 20-20 sebelum mereka memenangi set berkenaan.

"Kami memang sudah melakukan persediaan untuk bertemu mereka. Sebelum ini kami menang ke atas mereka pada Terbuka Taiwan tahun lepas. Saya sangat berpuas hati.

"Kemenangan pada set pertama meningkatkan semangat kami untuk menang set kedua. Mereka seperti sudah buntu jadi kami mengambil peluang itu sebaik-baiknya untuk meneruskan cabaran di Terbuka Malaysia ini," kata Liu Ying.

Menanti mereka di suku akhir ialah Puavaranukroh Dechapol/SapsireeTaerattanachai dari Thailand yang turut mengejutkan beregu pilihan ketiga, Liu Cheng/Bao Yixin dari China 22-20, 18-21, 21-17.

Bagi Peng Soon pula, beliau tidak menyangka dapat mencatat kemenangan mudah ke atas pasangan dari China itu, namun tidak mahu terlalu selesa dengan kejayaan tersebut bagi menghadapi saingan seterusnya.

Sementara itu, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya wakil perseorangan lelaki Malaysia mara ke suku akhir selepas menyingkirkan pemainKorea Selatan, Son Wan Ho 21-18 dan 21-12.

Menurut pemain yang kini berada di ranking ketiga dunia, pertembungan dengan pemain Korea Selatan itu lebih mencabar berbanding perlawanan pada Rabu berdepanTakuma Ueda dari Jepun.

"Saya sangat berjaga-jaga dalam permainan saya bertemu Son Wan Ho yang dilihat lebih bersemangat selepas menewaskan Lin Dan (dari China) pada Terbuka India, baru-baru ini.

"Son Wan Ho adalah pemain yang turut berada dalam senarai pencabar terkuat, begitu juga dengan Viktor (Axelsen) yang saya akan lawan esok," katanya.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata beliau perlu mempersiapkan diri untuk berdepan jaguh dari Denmark itu pada perlawanan suku akhir Jumaat, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas juara remaja dunia 2010 itu.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal mengekalkan rentak kemenangan selepas tewas kepada pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen 7-21 dan 16-21.

Pada perlawanan berkenaan, pemain dari Denmark itu memberi tekanan sejak dari awal kepada Iskandar menerusi serangan yang tepat menyebabkan pemain muda negara itu gagal mengawal permainan.

Iskandar berkata beliau mengakui tidak dapat mempamerkan prestasi yang baik hari ini, dan memerlukan lebih banyak pengalaman untuk setanding denganpemain-pemain hebat dunia.

"Pada awal perlawanan, Jorgensen telah memberi tekanan kepada saya. Secara keseluruhan saya sendiri tidak berpuas hati dengan aksi saya hari ini," kata Iskandar.

Perjuangan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi juga terhenti selepas gagal menyekat kehebatan Carolina Marin dari Sepanyol.

Walaupun cuba bangkit pada set kedua, pemain berusia 25 tahun itu terpaksa tunduk kepada pemain nombor satu dunia itu, 13-21 dan 20-22.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain