suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GP China: Dua Pelumba Mercedes Pilih Tayar Berbeza

DUA pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg membuat strategi pilihan tayar berbeza menjelang perlumbaan Formula 1 Grand Prix China di Litar Shanghai, 15 hingga 17 April ini.

Pengeluar tayar Pirelli membekalkan tiga jenis tayar yang berlainan - medium, lembut dan super-soft bagi persaingan pusingan ketiga musim ini.

Hamilton memilih empat set bagi tayar medium, berbanding tiga set untuk Rosberg. 

Citarasa Rosberg jauh berbeza dengan rakan sepasukannya itu apabila memilih untuk lebihkan tayar jenis lembut.

Namun kedua-duanya memilih sebanyak lima set tayar super-soft.

Sementara itu, Ferrari membuat perancangan berbeza dengan Mercedes apabila memilih enam set tayar super-soft, empat set tayar lembut dan tiga set tayar medium untuk Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen.

Pemenang kelima GP Bahrain minggu lalu, Romain Grosjean memilih tujuh set tayar super-soft kerana pelumba pasukan Haas itu percaya ia mampu membuatkan jentera lebih laju.

Malah pelumba Williams, Felipe Massa membuat pemilihan yang sama seperti Grosjean untuk lebihkan tayar super-soft, lima set jenis lembut dan satu set tayar medium.

Pirelli, GP China

Artikel Lain