suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Dikejutkan Mourinho Ditawar Jadi Pengurus Syria

Jose Mourinho.

MANCHESTER United diberi kejutan apabila bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho mendapat tawaran daripada skuad kebangsaan Syria.

Mourinho sebelum ini semakin hampir untuk menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford.

Menurut laporan Express.co.uk, Mourinho dikhabarkan telah ditawarkan untuk menguruskan skuad kebangsaan Syria.

Perseketuan Bolasepak Syria telah menghantar surat kepada ejen Mourinho, Jorge Mendes bagi membuka rundingan untuk mengambil alih pasukan itu.

Syria sedang memasuki pusingan ketiga kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2018 dan hanya berdepan dengan tiga kali kekalahan sepanjang 12 bulan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa walaupun tiada perjanjian telah ditandatangani, Mourinho dikatakan hanya menunggu masa sahaja untuk menggantikan kerusi panas yang ketika ini diisi, Louis van Gaal.

Mourinho yang dipecat dari Chelsea pada Disember lalu dikatakan bakal dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United sekiranya Van Gaal mengambil keputusan angkat kaki pada musim panas ini.

Manchester United dilaporkan terpaksa mencari pengganti baharu Van Gaal untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan itu.

Mourinho pernah mengemudi Chelsea memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris.

Beliau turut mencatatkan rekod cemerlang bersama Porto, Real Madrid dan Inter Milan.



Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain