suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Supersport Dunia: Zulfahmi Raih Tiga Mata Di Australia

KUALA LUMPUR: Pelumba superbike Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya meraih tiga mata dalam perlumbaan pertamanya pada Kejuaraan Supersport Dunia 2016 di Litar Phillip Island, Australia, Ahad.

Dia menamatkan saingan di tempat ke-13 dengan mencatat masa terpantas satu minit 34.543 saat.

Sementara rakan sepasukannya, Nacho Calero dari Sepanyol menamatkan saingan di tempat ke-18 dengan masa 1:35.699s.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan perlumbaan pertama saya dan berjaya mendapat tiga mata.

"Saya bermula dengan baik tetapi pada pertengahan perlumbaan, 'clutch' motosikal saya keras dan tangan kiri saya sakit untuk menukar gear khususnya di kawasan membrek dalam setiap pusingan," kata pelumba Pasukan Orelac Racing VerdNatura ini.

Walaupun agak kecewa dengan masalah dihadapinya itu, Muhammad Zulfahmi tidak berputus asa sebaliknya mahu mencatat keputusan lebih baik pada pusingan seterusnya.

Pusingan kedua Kejuaraan Supersport Dunia 2016 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand dari 11 hingga 13 Mac.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain