suria

Chelsea Bimbang John Stones Sertai Man City

CHELSEA bimbang jika terlepas membawa John Stones ke Stamford Bridge pada akhir musim ini kerana pemain itu dilihat bakal menyertai Manchester City dengan permindahan bernilai £45 juta.

Chelsea sebelum ini membuat bidaan sebanyak £38 juta untuk mendapatkan Stones namun ditolak.

Bagaimanapun, tindakan City menaikkan jumlah pembelian bakal menarik perhatian Everton untuk melepaskan pertahanan England tersebut menyertai skuad Pep Guardiola pada musim depan.

Chelsea yang kini dibimbing oleh Guus Hiddink akan diganti oleh jurulatih baharu untuk musim depan dalam perancangan jangka panjang.

Jurulatih Itali, Antonio Conte yakin akan dilantik sebagai jurulatih Chelsea selepas Diego Simeone berat untuk meninggalkan kelabnya.

Namun, tiada kemungkinan Simeone akan dilantik sebagai jurulatih Chelsea jika dia setuju pada saat akhir iaitu sebelum Liga Perdana Inggeris musim depan bermula.

Conte dilapor mahukan penyerang Paris St Germain, Edinson Cavani selain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini, 31, dan Leonardo Bonucci, 28, bagi memperkuatkan Chelsea.


Man City, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain