suria

Guardiola Bukan Punca Prestasi City Merosot - Pellegrini

Pep Guardiola.

PENGURUS Manchester City Manuel Pellegrini menafikan dakwaan pengumuman kelab itu bahawa Pep Guardiola akan mengambil alih tugasnya pada hujung musim ini telah merosakkan kempen mereka dalam memburu kemenangan.

"Betul, itu bukan masalahnya," kata pengurus kelahiran Chile itu pada sidang media sebelum pertemuan menentang Dynamo Kiev dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu.

City bagaimanapun bergelut dengan beberapa siri kecederaan terutama di posisi tengah dan kehilangan tonggak utama Fabian Delph, Kevin De Bruyne, Jesus Navas, Wilfried Bony dan Samir Nasri.

Pada 1 Februari lalu, City mengumumkan bahawa bekas jurulatih Bayern Munich itu akan menggantikan Pellegrini di Stadium Etihad bermula Julai ini.

Sejak pengumuman tersebut, pretasi City tidak menentu dan kini menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul 47 mata.

City mencatatkan kemenangan ke atas Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris selepas Guardiola disahkan akan mengemudi kelab itu.

Namun sejak pengumuman itu, City tewas kepada Leicester City dan Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri.

Lebih buruk lagi, City tersingkir pada aksi Piala FA selepas tewas 1-5 kepada Chelsea.

Pertemuan City dengan Liverpool pada aksi final Piala FA Ahad ini bakal menentukan sama ada Pellegrini akan membantu pasukan itu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain