suria

Peluang Julang Trofi Masih Samar - Zidane

Zinedine Zidane.

PENGURUS Real Madrid Zinedine Zidane mengakui peluang pasukannya untuk memenangi trofi La Liga musim ini nampak samar selepas terikat 1-1 dengan Malaga, awal pagi Isnin.

Keputusan seri itu menyebabkan Madrid ketinggalan sembilan mata di depan Barcelona yang kini menerajui tangga teratas liga.

Cristiano Ronaldo meletakkan Madrid di depan selepas menanduk masuk sepakan percuma Toni Kroos.

Ronaldo nyaris menggandakan jaringan tetapi sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Carlos Kameni.

Namun pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Raul Albentosa pada minit ke-66.

Walaupun harapan untuk merapatkan kedudukan dengan Barca nampak semakin sukar, Zidane masih belum menyerah kalah.

"Ia pasti sukar kerana kami melepaskan dua mata tetapi kami tidak akan berputus-asa.

"Masih ada 39 mata yang perlu direbut. Anda mungkin fikir aksi liga sudah berakhir tetapi pemain dan saya sendiri tidak mempercayainya. Terdapat beberapa mata yang perlu diperolehi dan pasukan lain boleh kalah juga," katanya.

Malah Zidane turut menafikan kritikan bahawa Madrid mempamerkan aksi hambar di La Rosaleda.

"Saya tidak fikir kami beraksi hambar. Kami ada masalah dengan gol kedua kerana gagal mematikan perlawanan sebelum itu," katanya.
Real Madrid, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain