suria

Iskandar, Jin Wei Pamer Aksi Hebat Di BATC - Frost

Morten Frost Hansen.

SEPANG: Pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Goh Jin Wei telah menunjukkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2016 (BATC) di Hyderabad, India baru-baru ini.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata dalam kejohanan itu, kedua-dua pemain membuktikan kebolehan mereka bersaing dengan pemain bertaraf lebih tinggi.

"Saya percaya mereka boleh menjadi 20 pemain terbaik di dunia tidak lama lagi. Iskandar Zulkarnain dan Jin Wei mempamerkan prestasi hebat di Hyderabad.

"Jin Wei mengalahkan pemain no 11 dunia dalam percubaan pertamanya, dan ia sememangnya hebat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin.

BATC yang dianjurkan Konfederasi Badminton Asia, diadakan pada 15 hingga 21 Februari.

Ketika mengulas mengenai skuad muda wanita dan lelaki kebangsaan, Frost menganggap kedua-dua pasukan telah membuat persembahan yang baik dan berpuas hati dengan pasukan Malaysia yang hanya bertahan di peringkat suku akhir.

"Pasukan lelaki sangat rapat dengan India. Ia prestasi yang bagus. Malangnya, pasukan wanita tidak dapat meneruskan kejohanan selepas tewas dalam acara beregu.

"Kita mempunyai peluang untuk menang, tetapi gagal, saya harap kita boleh menang dalam Piala Uber berdasarkan ranking dunia," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain