suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Ferrari Perkenal Jentera Baharu SF-16H Musim 2016

FERRARI menjadi pasukan terbaharu memperkenalkan jenteru Formula Satu (F1)  2016 iaitu SF-16H sekaligus bakal memberi saingan kepada Mercedes.

Prinsipal Maurizio Arrivabene, Pengarah Teknikal James Allison dan dua pemandu utama mereka, Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen mempamerkan jentera terkini Scuderia itu.

Musim lalu, Vettel berjaya mencatat tiga kejayaan dalam aksi grand prix, dan pastinya Ferrari bakal meletak sasaran tersendiri untuk terus memberi tekanan kepada Mercedes.

Malah Vettel turut berada di kedudukan kedua pemandu keseluruhan di belakang juara bertahan pelumba Mercedes Lewis Hamilton.

"Kami bekerja keras dalam semua sudut. Tahun lalu agak memuaskan dan musim ini saya harap jentera akan lebih baik bagi memberi saingan kompetitif," jelas Allison.

Ferrari, Vettel, Raikkonen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Piala FA,Sabtu

Artikel Lain