suria

Nadal Gagal Pertahan Trofi Terbuka Argentina

BUENOS AIRES: Juara bertahan, Rafael Nadal dikejutkan lagi apabila terlepas peluang mata akhir sebelum tewas 6-4, 4-6, 7-6 (7/4) kepada Dominic Thiem dari Austria pada separuh akhir Terbuka Argentina, awal pagi Ahad.

Nadal yang juga pilihan utama dan beraksi di gelanggang tanah liat kegemarannya tunduk selepas beraksi selama dua jam 50 minit menentang pemain nombor 19 dunia itu.

Thiem akan menentang Nicolas Almagro pada aksi final hari ini.

"Ia adalah perlawanan sukar. Saya mempunyai peluang untuk menang namun mensia-siakannya, tetapi Thiem beraksi baik. 

"Saya tidak bimbang. Saya hanya hilang konsisten dan perlu mengurangkan kesilapan," kata Nadal, yang kekal dengan memenangi 47 gelaran di gelanggang tanah liat.

Nadal akan beraksi di Rio minggu depan yang menyaksikan dia tampil selaku pilihan utama dan pernah menjuarai kejohanan itu pada 2014.

Nadal menerima kejutan terbesar awal tahun ini apabila terkeluar pada Terbuka Australia selepas kalah pusingan pertama. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain