suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAS Lancar Jersi Baharu Sabtu Ini

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan melancarkan jersi baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2016 di City One MegaMall di sini, Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi berkata pada majlis sama, barisan pemain negeri itu yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Datuk S Rajagobal akan diperkenalkan.

Katanya acara yang dijadualkan bermula pada pukul 2 petang itu akan turut dihadiri penaja utama, barisan kejurulatihan serta exco FAS.

Dalam aksi persahabatan pramusim, Sarawak menang empat daripada lima perlawanan mereka.

Minggu lalu, Sarawak menundukkan kelab Vietnam, Dong Nai FC 2-1 di gelanggang lawan dalam aksi persahabatan terakhir mereka sebelum membuka cabaran Liga Super menentang Polis Diraja Malaysia pada 13 Februari ini.

Terdahulu Sarawak menewaskan Selangor PKNS 2-1, Binh Phuoc FC 2-1, Ho Chi Minh 1-0 dan tewas 0-2 kepada Selangor. - BERNAMA

FAS, jersi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain