suria

Chelsea, Watford Terikat Tanpa Jaringan

Pemain Chelsea, Diego Costa cuba untuk membuat jaringan namun digagalkan oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Watford di Stadium Vicarage Road di London, awal pagi Khamis. Foto EPA

CHELSEA hanya mendapat tambahan satu mata selepas menamatkan perlawanan ke atas Watford tanpa sebarang jaringan di Stadium Vicarage Road, London pada awal pagi Khamis.

Kedua-duanya berimbang tanpa sebarang jaringan.

Chelsea hanya mampu melepaskan empat 'tembakan' pada babak pertama namun tiada satu pun menepati sasaran.

Watford pula melepaskan 10 tembakan dengan tiga daripadanya mengenai sasaran.

Kedua-dua pasukan mencatatkan skor berimbang 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Chelsea tampil melakukan serangan bertubi-tubi ke atas pertahanan Watford. 

Pemain The Blues, Oscar meraih peluang cuba membolosi gawang Watford tetapi digagalkan oleh penjaga gol Heurelho Gomes.

Peluang buat Chelsea kembali pada minit ke-77 dengan sepakan jarak dekat Branislav Ivanovic, tetapi masih dipertahankan oleh Gomes.

Selang 10 minit, percubaan Diego Costa juga digagalkan oleh Gomes.

Papan skor tidak berubah sehingga tamat permainan. Hasil berimbang itu membuatkan Chelsea naik pada kedudukan ke-13 dengan 29 mata.

Watford berada empat langkah ke hadapan pada tangga kesembilan dengan 33 mata.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain