suria

Van Gaal Guna Khidmat Pengawal Keselamatan

Van Gaal dan isteri, Truus

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal dilapor telah membentuk sekumpulan pengawal peribadi untuk mengawal keselamatan dirinya dan isteri kerana bimbang diserang penyokong kelab itu.

Van Gaal bertindak demikian kerana bimbang penyokong yang semakin marah dengan taktikal membosankan United menyerang isterinya, Truus khususnya di rumah.

Berikutan itu, kumpulan pengawal keselamatan kini diarah mengawal rumah Van Gaal selama 24 jam di Cheshire.

Jurulatih kelahiran Belanda itu kini hanya mempunyai baki kontrak selama 18 bulan bersama United.

Bagaimanapun tidak mungkin dia dipecat lebih awal berikutan prestasi tidak menentu kelab tersebut.

Manchester United

Artikel Lain