suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerber Buat Kejutan Tewaskan Williams Di Akhir Terbuka Australia

Angelique Kerber mencium trofi selepas memenangi pusingan akhir Terbuka Australia. Foto AFP

ANGELIQUE Kerber menggagalkan hasrat Serena Williams untuk terus merebut gelaran juara apabila beliau menewaskan pemain tenis wanita nombor satu dunia itu pada pusingan akhir Terbuka Australia, Sabtu.

Pemain dari Jerman itu menewaskan Williams dengan 6-4 3-6 6-4.

Pusingan akhir di Melbourne Park itu menyaksikan Kerber julung kalinya merangkul gelaran Grand Slam.

Kerber yang berusia 28 tahun menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan akhir paling besar buatnya.

Williams yang tewas hanya mampu tersenyum dan dilihat memberikan pelukan dan ucapan tahniah kepada pemenang.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain