suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Tepati Ramalan, Mara Ke Final

Serena Williams.

PEMAIN tenis No.1 dunia, Serena William mengesahkan tiket ke final Terbuka Australia selepas menundukkan lawannya, Agnieszka Radwanska 6-0, 6-4 di pusingan separuh akhir, pagi Khamis.

Kemenangan itu membolehkan Serena mara ke final kejohanan tersebut buat kali ketujuh.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu hanya mengambil masa selama 64 minit untuk menamatkan perlawanan dua set itu.

Seperti dijangka, Serena mempamerkan aksi bertenaga dengan melakukan beberapa pukulan servis kencang yang gagal dimatikan Radwanska.

"Sukar untuk mempercayai bahawa saya berjaya melepasi halangan ke final," kata Serena.

Serena akan bertemu sama ada pemain pilihan ketujuh, Angelique Kerber atau Johanna Konta dari Britain pada aksi final, Sabtu ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain