suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Tempah Tiket Ke Final Piala Liga Inggeris

LIVERPOOL menempah tiket ke final Piala Liga Inggeris 205/2016 menewaskan Stoke City pada separuh akhir kedua di laman sendiri, awal pagi Rabu.

The Reds menang 6-5 melalui penentuan penalti yang penuh dramatik setelah mencatatkan keputusan seri 1-0 sehingga tamat waktu.

Stoke City yang tampil sebagai tetamu tampil membuat asakan demi asakan di Stadium Anfield. Menerusi catatan Soccerway, Stoke merekodkan penguasaan bola sebanyak 59 peratus manakala Liverpool hanya 41 peratus.

Stoke juga berjaya mencipta beberapa peluang tetapi tidak dapat membolosi barisan pertahanan Liverpool yang bermain disiplin.

Liverpool mara apabila dua pemain The Potters iaitu Peter Crouch dan Muniesa gagal melaksanakan tugasnya. Sementara hanya satu tendangan Liverpool yang gagal disempurnakan iaitu yang diambil oleh Emre Can.

Lawan Liverpool di final akan ditentukan selepas berakhirnya perlawanan antara Manchester City dan Everton, awal pagi Khamis.

Piala Liga Inggeris, Liverpool

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain