suria

Terbuka Australia: Djokovic Goyang Sebelum Menang Ke Atas Simon

Djokovic (kanan) berjabat tangan dengan Simon selepas tamat perlawanan pusingan keempat Terbuka Australia pada Ahad.

NOVAK Djokovic hampir menamatkan saingan Terbuka Australia lebih awal, namun bangkit menguasai perlawanan pusingan keempat dengan menewaskan Gilles Simon dalam aksi penuh epik di Melbourne Park pada Ahad.

Djokovic mencatat keputusan 6-3 6-7(1) 6-4 4-6 6-3 ke atas pemain Perancis berusia 31 tahun itu, namun merekodkan hampir 100 kesilapan dalam tempoh empat jam 30 minit permainan itu.

Bintang No.1 dunia dari Serbia dunia itu bakal berdepan dengan pemain Jepun, kei Nishikori yang menewaskannya pada aksi suku akhir Terbuka Amerika Syarikat dua tahun lalu.

"Saya harap dapat mengurangkan statistik kesilapan pada perlawanan seterusnya," jelas Djokovic.

Malah Djokovic turut menggelarkan Simon sebagai lawan lawan hebat pada jelajah ini.

Artikel Lain