suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Dapatkan Pemain Berusia 18 Tahun

Renato Sanches (jersi merah)

MANCHESTER United dilaporkan semakin hampir mendapatkan pemain tengah sensasi, Renato Sanches selepas satu perbincangan diadakan di London pada Jumaat.

Pemain Benefica berusia 18 tahun itu dilapor perlu menebus kontrkanya bernilai £60 juta untuk menyertai United.

Bagaimanapun, Old Traffrord masih meneruskan perbincangan untuk memastikan Sanches menjadi milik kelab berkenaan.

Pembelian Sanches dikatakan pelaburan berbaloi selepas United mendapatkan Anthony Martial yang bernilai £58 juta.

Malah, ia juga merupakan pelaburan positif untuk jangka masa panjang kelab berkenaan dalam menghadapi saingan bola sepak Eropah yang semakin kompetatif.

Sanches yang beraksi sebagai pemain tengah serangan dijangka akan digandingkan bersama Martial dan Memphis Depay untuk membentuk jentera serangan lebih baik.

Pemain berkenaan telah melakukan sebanyak 40 penampilan bersama skuad remaja Portugal namun belum pernah dipanggil bagi mewakili skuad utama negara itu yang diketuai Cristiano Ronaldo.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain