suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronald Koeman Ingin Jadi Jurulatih Chelsea

RONALD Koeman mendedahkan bahawa telah meminta rakan senegaranya iaitu Guus Hiddink untuk mencadangkan namanya sebagai jurulatih tetap Chelsea.

Jurulatih Southampton kelahiran Belanda itu berkata, dia mempunyai cita-cita untuk membimbing kelab gergasi seperti yang dilakukan Hiddink yang merupakan jurulatih sementara Chelsea ketika ini.

"Jika Guus meletakkan perkataan yang baik untuk saya ia akan membawa makna lebih besar," jelasnya.

Hiddink dilantik sebagai jurulatih sementara Chelsea selepas pemilik kelab itu, Roman Abramovich memecat Jose Mourinho bulan lalu.

Koeman, 52, merupakan antara jurulatih berjaya dari Belanda selepas memenangi beberapa piala di liga negara berkenaan ketika mengendali Ajax, Feyenoord dan PSV Eindhoven.

Dia juga pernah menjadi jurulatih Valencia dan memenangi Piala Raja Sepanyol untuk kelab tersebut.

Chelsea, Belanda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain