suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Swansea Benam Watford, Keluar Zon Penyingkiran

William meraikan gol jaringannya.

SWANSEA City berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas menang tipis 1-0 ke atas Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.

Gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan kapten Ashley William seawal minit ke-27.

Khabar gembira itu hadir beberapa jam selepas Francesco Guidolin dinamakan sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.

Guidolin menyaksikan anak buahnya berhempas pulas untuk memperolehi tiga mata berharga dari tempat duduk stadium.

Jurulatih kelahiran Itali itu akan menggalas tugas tersebut sehingga hujung musim ini.

Watford tidak begitu memberikan ancaman berbahaya kepada Swansea.

Swansea kini menduduki tangga ke-17 dengan mengutip 22 mata, lebih satu mata di depan Newcastle City.

Watford pula berada di tempat ke-12 dengan memperoleh 29 mata daripada 22 perlawanan setakat ini.



Swansea City, Ashley William

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain