suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester Kembali Rampas Takhta EPL

Okazaki (tengah) meraikan gol kemenangannya bersama rakan pasukan.

LEICESTER City kembali merampas kedudukan teratas liga meskipun seri 1-1 dengan Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Anak buah Claudio Ranieri itu mendahului seawal minit ke-28 menerusi jaringan Shinji Okazaki.

Namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-75 hasil jaringan pemain gantian, Rudy Gestede.

Leicester mempamerkan aksi cemerlang memasuki tahun 2016 dan mahu mengekalkan rekod tersebut dalam usaha memburu trofi liga musim ini.

Villa menuntut diberikan sepakan penalti apabila Libor Kozak menerima terjahan kasar dimuka oleh Robert Huth namun pengadil Roger East menolak permintaan tersebut.

Leicester mengumpul 44 mata daripada 22 perlawanan manakala Aston Villa menduduki tangga tercorot liga dengan hanya mengutip 12 mata.

Dalam perlawanan berasingan, City membelasah Crystal Palace 4-0 di Stadium Etihad.

City kini mengumpul 43 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Leicester City.

Sergio Aguero menjaringkan dua gol buat City masing-masing pada minit ke-41 dan 68 selepas Fabian Delph meledak gol pembukaan pada minit ke-22.

Namun, David Silva melengkapkan gol kemenangan bergaya City enam minit sebelum tamat perlawanan.′


Leicester City, EPL, Manchester City

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain