Copa del Rey: Dua Gol Munir El Haddadi Bawa Barca Ke Suku Akhir - Sukan | mStar

Copa del Rey: Dua Gol Munir El Haddadi Bawa Barca Ke Suku Akhir

Munir El Haddadi (kiri)
PENYERANG muda Munir El Haddadi menyumbang dua gol untuk memastikan kemenangan Barcelona 2-0 (agregat 6-1) ke atas Espanyol dalam saingan Copa del Rey di Stadium Cornella El Prat, Sepanyol, awal pagi Khamis.

Keputusan ini memastikan Barcelona mara ke suku akhir Copa del Rey bersama Athletic Bilbao, Las Palmas, Celta Vigo, Sevilla dan Mirandes yang juga telah bersama-sama menempah tiket.

Barcelona turun tanpa Neymar dan Suarez membolosi gawang Espanyol pada minit ke-32  menerusi Munir El Haddadi hasil umpan Lionel Messi.

Espanyol nyaris mendapat gol sekiranya tandukan Mamadou Sylla tidak melencong ke sisi kanan gawang Ter Stegen pada minit ke-74.

Keasyikan menyerang membuatkan Espanyol leka dan peluang itu dimanfaatkan Barcelona dengan melakukan serangan balik bermula dengan gerakan Aleix Vidal yang sekali lagi disudahkan oleh Munir El Haddadi menggunakan kaki kiri pada minit ke-88.


Berikut susunan pemain kedua-dua pasukan:

Barcelona (4-3-3) : Ter Stegen, Alves, Mascherano, Vermaelen (Marc Bartra), Mathieu, Rakitic, S.Roberto (Adriano), Arda, Messi, Munir, Aleix Vidal.

Espanyol (4-2-3-1): Francesco Bardi; Rober Correa, Michael Ciani, Alvaro, Ruben Duarte; Joan Jordan, Abraham González; Marco Asensio, Salva Sevilla (Syla), Burgui (Paco Montañés); Felipe Caiced
Copa del Rey , Munir El Haddadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR