suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coppa Italia: AC Milan Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

AC Milan berjaya melangkah ke separuh akhir Coppa Italia setelah menewaskan Carpi 2-1 di Stadium San Siro, awal pagi Khamis.

Dua gol AC Milan disumbat masuk oleh Carlos Bacca (14') dan Mbaye Niang (28'). Carpi memperoleh gol tunggalnya melalui Matteo Mancosu (50').

Berdasarkan catatan rekod, AC Milan telah menguasai sehingga 68 peratus perlawanan berbanding Carpi 32 peratus.

AC Milan juga unggul dari segi jumlah gol di mana pasukan ini mampu melepaskan lapan tendangan ke gawang dari 11 percubaan, sedangakan Carpi hanya lima dari 7 percubaan.

Coppa Italia masih berbaki tiga perlawanan iaitu Spezia lwn Alessandria (18/1/2016), Napoli lwn Inter Milan (19/1/2016), dan Lazio lwn Juventus (20/1/2016).

AC Milan akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Spezia dan Alessandria.
Coppa Italia, AC Milan

Artikel Lain