Guardiola Perlu 35 Pemain Jika Ke England - Jurgen Klopp - Sukan | mStar

Guardiola Perlu 35 Pemain Jika Ke England - Jurgen Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada Pep Guardiola bahawa dia perlu menyediakan 35 pemain dan bukan 25 orang untuk mengharungi jadual bola sepak di England yang sibuk.

Amaran awal itu diberikan kepada Guardiola selepas jurulatih berkenaan mendedahkan untuk melatih sebuah pasukan di Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Guardiola dilapor bakal membimbing Manchester City pada musim depan selepas kontraknya bersama Bayern Munich tamat pada musim ini.

"Jumlah perlawanan merupakan perbezaan besar. Bila saya datang ke England saya tidak tahu bahawa mereka mempunyai dua pusingan dalam separuh akhir Piala Capital One.

"Ada rakan di Jerman mengucapkan tahniah selepas kami menewaskan Stoke dan berkata kami telah ke final. Bodoh!

"Sedangkan kami mempunyai satu lagi pusingan untuk ke final. Ini tidak berlaku di Jerman, kerana mereka hanya ada satu pusingan untuk separuh akhir," jalasnya.

Liverpool , Manchester City

Artikel Sebelum

Man United Mahu Jual Marouane Fellaini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel