suria

Permulaan Hambar Felda United Pada Piala Emas Bangabhandu

KUALA LUMPUR: Felda United memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Bangabhandu 2016 dengan langkah yang hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan skuad Nepal Bawah 23 Tahun (B23) di Stadium Shama Ul Huda di Dhaka, pada Sabtu.

Dalam saingan Kumpulan A itu, skuad senior Bangladesh, selaku naib juara tahun lepas, mengalahkan Sri Lanka 4-2 dalam perlawanan pembukaan di venua sama, semalam.

Felda United, selaku wakil Malaysia, akan menentang Bangladesh pada perlawanan kedua peringkat kumpulan manakala skuad Nepal B23 akan berdepan dengan Sri Lanka di Stadium Nasional Bangabhandu, Dhaka, Selasa ini.

Perlawanan Kumpulan B melibatkan pasukan Bangladesh B23, Bahrain, Maldives dan Kemboja akan bermula Ahad.

Felda United mewakili Malaysia pada edisi tahun ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membubarkan skuad Harimau Muda B (Bawah 22 Tahun).

Harimau Muda B mengalahkan skuad senior Bangladesh 3-2 pada final untuk muncul juara pada edisi tahun lepas.

Sebagai rekod, skuad Malaysia B pernah menjuarai kejohanan itu pada 1996 selepas mengalahkan wakil Indonesia, PSM Makassar 2-1 pada perlawanan akhir.

Felda United

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Lain