suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Buru Gelaran Ketiga Piala FA

Ramsey meledak gol Sunderland untuk membawa kemenangan 3-1 kepada Arsenal pada aksi awal pagi Ahad.

ARSENAL memburu gelaran ketiga berturut-turut trofi Piala FA apabila bangkit menewaskan Sunderland 3-1 menerusi jaringan dua pemain sensasinya.

Aaron Ramsey dan Olivier Giroud meledak gol pasukan itu selepas ketinggalan apabila Sunderland mendahului pada minit ke-17 di Stadium Emirates.

Jaringan Jeremain Lens bagaimanapun tidak mematahkan semangat Arsenal apabila Joel Campbell kembali mengikat aksi lapan minit kemudian.

Babak kedua seterusnya menyaksikan jaringan Ramsey dan Giroud bagaikan hadiah buat pengendali, Arsene Wenger.

Pada aksi lain, Manchester City mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Norwich City hasil sentuhan Sergio Aguero, Kelechi Iheanacho dan pemain gantian Kevin De Bruyne. - AFP

Arsenal, Giroud, Ramsey, Sunderland

Artikel Berikut

TMJ Kini Pemilik JDT

Artikel Lain