suria

Euro 2016: England Bertemu Wales Aksi Peringkat Kumpulan B

ENGLAND bakal berdepan dengan Wales dalam saingan peringkat Kumpulan B aksi Euro 2016.


Pasukan Wales yang dibimbing Chris Coleman bakal bersaing dalam kejohanan utama buat kali pertama selepas Piala Dunia 1958, dan akan melayan England pada 16 Jun di Lens.

England yang berada di ranking ke-9 dunia, manakala Wales di tangga ke-17 diundi berada dalam salah satu kumpulan sengit bersama Slovakia dan Rusia.

England dan Rusia dijadualkan bertemu pada 11 Jun, sekaligus menjadikan perlawanan pembukaan bagi Kumpulan B.

Sementara itu, Ireland Utara diundi bersama Jerman, Ukraine dan Poland bagi Kumpulan C.

Manakala Republik Ireland dianggap berada dalam kumpulan maut bersama Belgium yang kini menghuni ranking No.1 dunia, Itali dan Sweden bagi Kumpulan E.

Juara bertahan Sepanyol yang cuba mengintai gelaran ketiga berturut-turut Kejuaraan Eropah berada dalam Kumpulan D bersama Republik Czech, Turki dan Croatia.

Manakala tuan rumah, Perancis membuka perlawanan pertama Euro 2016 bertemu Romania sebelum Romania, Albania dan Switzerland bagi saingan Kumpulan A.

Euro 2016 bakal membuka tirai pada 10 Jun hingga 10 Julai dengan melibatkan sepuluh buah venue utama.

Senarai penuh undian kumpulan Euro 2016:

KUMP A: Perancis, Romania, Albania, Switzerland

KUMP B: England, Rusia, Wales, Slovakia,

KUMP C: Jerman, Ukraine, Poland, Ireland Utara

KUMP D: Sepanyol, Republik Czech, Turki, Croatia

KUMP E: Belgium, Itali, Republik Ireland, Sweden

KUMP F: Portugal, Iceland, Austria, Hungary

Euro 2016, England, Wales

Artikel Lain