suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Tolak Khabar Angin Kembali Ke Real Madrid

Jose Mourinho. Foto Reuters

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menolak khabar angin yang mengatakan beliau akan kembali ke pasukan lamanya, Real Madrid.

Mourinho tampil menjelaskan bahawa tumpuan beliau ketika ini adalah mengembalikan prestasi terbaik Chelsea.

Laporan media mengatakan bahawa Real Madrid sedang mempertimbangkan untuk mengambil semula Mourinho.

Bagaimanapun, Mounrinho menegaskan beliau menafikan khabar angin berkenaan.

"Saya membayangkan akan menghabiskan kontrak bersama Chelsea. Saya masih terikat kontrak sehingga beberapa tahun lagi.

"(Selepas tempoh itu), saya akan boleh menguruskan mana-mana kelab pun," kata pengurus kelahiran Portugal itu.

Kontrak Mourinho akan berakhir pada Jun 2019.

Chelsea kini berada kedudukan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 15 mata.


Jose Mourinho

Artikel Lain