suria

Swiss Indoors Basel: Nadal, Federer Mara Ke Separuh Akhir

Federer beraksi dengan penuh bertenaga pada pusingan suku akhir.

PEMAIN pilihan ketiga, Rafael Nadal berjaya menewaskan Marin Cilic 4-6 6-3 6-3 sekali gus mara ke pusingan separuh akhir kejohanan Swiss Indoors Basel di Switzerland pada Jumaat.

Bagaimanapun, Nadal dipaksa bermain peluh dalam perlawanan tersebut.

Nadal yang masih bergelut dengan kecederaan mencatatkan prestasi hambar pada musim ini.

Namun, beliau berazam menamatkan tirai musim ini dengan keputusan terbaik terutamanya pada kejohanan Final Jelajah Dunia ATP di London bulan depan.

Nadal akan menentang pemain pilihan kelima Richard Gasquet pada Sabtu selepas pemain Perancis itu menewaskan Ivo Karlovic 6-4 6-7(2) 7-6(6).

Dalam perlawanan berasingan, pemain pilihan utama kejohanan, Roger Federer menundukkan David Goffin 6-3, 3-6, 6-1.

Pada aksi separuh akhir nanti, Federer akan bertemu Jack Sock dari Amerika Syarikat yang mengatasi rakan senegaranya Donald Young 5-7 6-4 6-2 di suku akhir.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain