suria

Bundesliga: Frankfurt Sekat Peluang Bayern Lakar Kemenangan Ke-11

Reaksi kecewa Lewandowski selepas gagal menjaringkan sebarang gol untuk Bayern.

BAYERN Munich gagal mempertahankan rekod kemenangan dalam 11 perlawanan Bundesliga berturut-turut selepas sekadar seri 0-0 dengan Eintracht Frankfurt, awal pagi Sabtu.

Bayern diangkat sebagai pasukan pilihan tetapi ketiadaan Thomas Muller, David Alaba dan Thiago Alcantara menjejaskan rentak permainan kelab gergasi Jerman itu.

Ketiga-tiga tonggak utama Bayern direhatkan menjelang pertemuan menentang Arsenal pada aksi Liga Juara-Juara.

Arturo Vidal dan Javi Martinez nyaris memecah kebuntuan untuk Bayern pada babak pertama tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

Robert Lewandowksi pula menjaringkan gol ke gawang Frankfurt ketika perlawanan berbaki beberapa minit tetapi dinafikan kerana ofsaid.

Keputusan seri itu menyebabkan Bayern gagal menyamai rekod Tottenham Hotspur untuk mencatatkan 11 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan domestik.

Ia ada kejayaan yang direkodkan Spurs di bawah kendalian Bill Nicholson pada 1960.

Bayern Munich, Bundesliga

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain